Misi FBKT Cakna Komuniti @Post Hau

Delegasi Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) yang akan ke perkampungan orang asli di Kampung Redip, Post Hau Gua Musang, Kelantan bermula 6 - 8 April 2023 bagi pemasangan portable mini hydro dan portable water filter di bawah Geran SGJP Impak untuk kegunaan masyarakat Kampung Redip yang diketuai sendiri oleh YBhg Dekan FBKT, Prof Madya Dr Muhammad Azwadi Sulaiman.

Selain itu, kakitangan FBKT turut mengambil peluang menderma bagi sumbangan Ramadan dalam bentuk barangan keperluan harian untuk penduduk Kampung Redip. Kira-kira RM1000 berjaya dikumpul hasil sumbangan kakitangan FBKT bagi melengkapkan misi ini.

FBKT mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi ini. Semoga misi ini selamat pergi dan pulang, Insyallah.

PM ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah